Asiah binti Muzahim
Asiah binti Muzahim

Asiah binti Muzahim

Asiah binti Muzahim (آسيا بنت مزاحم), juga dieja Asiyah (آسية) atau Asiya (آسيا), ialah isteri kepada Firaun dan ibu angkat kepada Nabi Musa dalam Islam. Beliau amat disanjungi dan merupakan antara empat wanita terpuji dalam Islam.[1][2] Beliau dipercayai telah memeluk agama tauhid selepas melihat mukjizat Nabi Musa AS dengan tongkat baginda bertukar menjadi ular. Menurut tradisi Islam, Asiah menyembah Tuhan secara rahsia dan sembahyang secara tersorok-sorok kerana takutkan suaminya si Firaun. Asiah menjadi ibu angkat kepada Musa dan lembutkan hati suaminya supaya jangan membunuhnya. Asiah meninggal setelah diseksa oleh suaminya, yang dapat tahu bahawa isterinya telah memeluk agama tauhid.[3]